Friday 22 January 2016

KEAMPUNAN DI SEBALIK MUSIBAH...JIKA BERSABAR & REDHA



KEAMPUNAN DI SEBALIK MUSIBAH...JIKA BERSABAR & REDHA

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah, mereka mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلاَ نَصَبٍ وَلاَ سَقَمٍ وَلاَ حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلاَّ كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ


“Tidaklah seorang mukmin ditimpa musibah berupa kesakitan (yang berpanjangan), rasa penat, rasa sakit, rasa sedih, dan kekhuatiran yang menerpa melainkan dosa-dosanya akan diampuni”
(HR. Muslim no. 2573).

Dari Mu’awiyah, ia berkata bahwa ia mendengar sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam,

مَا مِنْ شَىْءٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ فِى جَسَدِهِ يُؤْذِيهِ إِلاَّ كَفَّرَ الله عَنْهُ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِه

“Tidaklah suatu musibah menimpa jasad seorang mukmin dan itu menyakitinya melainkan akan menghapuskan dosa-dosanya”
(HR. Ahmad 4: 98. Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata bahwa sanadnya sahih sesuai syarat Muslim).

Tuesday 19 January 2016

Ingat Mati !



Seorang wanita mengadu kepada Siti Aisyah RA tentang kesusahan hatinya..Siti Aisyah RA memberi nasihat yang pendek, "ingat mati."

Tidak berapa lama kemudian dia datang lagi...kali ini dia meluahkan tentang kelapangan dan ketenangan hatinya.

Keinginan kepada dunia dan pengharapan kepada manusia akan menimbulkan dukacita dan resah di dalam jiwa.


Ingat mati adalah penawarnya kerana diri yang ingat mati akan memikirkan derita yang lebih dahsyat dan nikmat yang lebih hebat.

Ingat mati akan menghalang hati daripada membenci dan lidah daripada menghina. Sedangkan kebencian dan penghinaan itulah yang menyebabkan kita tidak bahagia!


Pahrol Mohamad Juoi

Sunday 17 January 2016

Zikir 4



Zikir PELINDUNG DIRI & GANDAAN KEBAIKAN untuk amalan pada waktu pagi dan petang. Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam menyebut : “Sesiapa yang membaca :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدْيرٌ 

sebanyak seratus kali, pahalanya sebesar membebaskan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya seratus kebaikan dan dipadam seratus kejahatan, serta menjadi pelindung baginya dari Syaitan pada hari tersebut sehingga petangnya.. (petikan dari hadis Sahih al-Bukhari)

Justeru amalkan zikir pelindung diri ini pada waktu pagi dan petang. Insha Allah bermanfaat.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Kekuatan

Bismillahirrahmaanirrahim..
Dengan nama Allah,aku mulakan penulisan ini,selawat dan salam buat junjungan tercinta yang masih belum aku mencintainya seperti mana baginda mencintaiku.

Seluas langit yang tak tertongkat dek tiang dan bumi yang terhampar indah,yang penciptaan keduanya lebih besar dari penciptaan manusia (Ghafir:51) ,luas lagi rahmat dan kasih sayang penciptaNya,Allah yang Maha Mencipatakan.


credit:mig.me

Tinta kali ini,pendorongnya ,soalan dari sahabat,yang bertanyakan tentang bagaimana aku boleh kuat.
Soalan yang aku sendiri tidak pasti kena pada subjeknya atau tidak.
Sungguhlah,saat menerima soalan sebegini,tidaklah aku mengetahui jawapannya kerana asalnya aku tidak merasakan bahawa aku seorang yang kuat.

Namun andai itu yang dilihat,maka aku katakan,tidaklah aku ketahui sumber kekuatanku itu melainkan dari Allah jua.Allah yang menyediakan segala wasilah-wasilah kekuatan.Sungguh aku tak layak bicara bahwa aku benar seorang hamba yang mencintaiNya ,namun kerana kasih sayang Allah,aku kecapi nikmat kekuatan itu. Padahal ,aku hamba yang penuh dosa.

Sahabat,kekuatan yang kalian lihat itu,tersembunyi tangisan dibaliknya. Tersembunyi juga peperangan antara jiwa dan tuannya. Ia bukan mustahil untuk diperoleh,namun ada rintangan yang kau perlu lalui.Dan yang kau perlu utk terus melaluinya. Kerana kata Salahuddin Al Ayyubi : saat aku minta kekuatan,Allah hadirkan kesulitan buatku . Kau tahu mengapa,kerana ujian itu lapangannya untuk kau diuji tahapmu,maka ,dari setiap ujian itu,ibrahnya perlu kau kutip,perlu kau ingat,supaya kau sentiasa menghargai kegagalanmu untuk  kau perbaiki dan keberhasilanmu utk kau syukuri.

Sahabat,kalian tahu bagaimana terjadinya kekuatan itu dari Allah? Ia kerana Allah itu sendiri yang Maha Kuat,Maha Adil,Maha Melindungi,Maha Mendengar dan segala kesempurnaan itu milikNya,maka bagaimana mungkin yang menjadi hambaNya ,yang meminta perlindunganNya,tidak mendapatkan itu semua?

Sahabatku sekalian,sungguh Allahlah sebaik-baik sumber kekuatan,saat kau rebah,jatuh,tersalah dan berdosa,Allah masih terus berada untukmu,hanyasanya kau yang perlu sentiasa kembali padaNya.Kembalilah di setiap detik hidupmu,saat senang mahupun sukar.

Ingatlah sentiasa,bahawa segala permasaalahanmu itu,Allah punya solusinya. Kerana Dia Yang Maha Berkuasa.Saat yang menimpamu itu kerana kesalahanmu sendiri dan ia menjadi bala,maka bertaubatlah atas kesalahanmu itu dan mohonlah solusinya dari Allah.Saat ia bukan sesuatu yang kau minta pula dan bukan pula kesalahanmu(ujian),maka yakinlah yang ada kebaikan disebaliknya .Tenang dan sabarlah,perbanyakkan istighfar dan hamdalah,istighfar atas kurangnya usahamu menahan perkara itu ,hamdalah pula atas nikmatnya yang masih sudi mencuit hidupmu dengan ujian itu.Jangan kau beri ruang buat keluhan,perbanyakkan senyum dan zikir sambil otakmu biarkan ia tenang berfikir.

Sahabat,sungguh,saat pandangan kalian begitu terhadapku,begitu jugalah pandanganku terhdap kalian,kerana aku sendiri punya bnyak kekurangan yang tak terlihat oleh kalian dek kerana rahmatNya,yang menutup semua kecacatan diri ini.

Sahabat,aku tahu,soalan itu sendiri rahmat dariNya,yang memanggil aku berfikir dan merenung nikmatNya yang jarang aku syukuri. Terima kasih tidak terhingga buat kalian.Hanyasanya Allah jualah sebaik-baik pemberi balasan.

Wallahua'lam.

Allahu Mustaan. :)

Saturday 16 January 2016

Catatan : Solat



Apabila kita ada masalah hubungan dengan manusia (seperti ada dendam, ada marah, ada sengketa, ada dingin dan lainnya), maka cuba periksa pada solat kita, apakah ada masalah pada solat kita? Kerana seseorang yang menjaga hubungannya dengan Allah Ta'ala di dalam solat, maka Allah Ta'ala akan menjaga hubungannya dengan manusia.

— al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll
---myheartbeatsforislam

Hati aku ini punya masalah,kerana solatku bermasalah,



Muhasabah solatmu syg,ia perbualanmu dengan Allah.bawa keluar apa dr dalam solat ke luar solat,penghayatan solat bukan sekadar mengadakan solat namun mendirikannya.

Bukan sekadar sesi aduanmu,namun ia wasilah 'kebersamaan' mu dengan Allah.
Sukses bukan sekadar di dunia,akhirat jua.Itu yang terpenting.Dan solat adalah wasilah kejayaan dunia dan akhirat.
Dan jalan menuju kejayaan itu takkan kau mampu tempuhinya kecuali dengan izinnya,izinNya dan bantuanNya perlu kau cari melalui perkara yang Dia Cintai dan penghindaran apa yang Dia benci.

Mengingati kembali perkongsian ust Pahrol Mohd Juoi di IKIMFM ,pesannya ,utk mendapatkan bantuan Allah,perlulah lakukan apa yang Allah cintai. Antaranya ialah  bekerja dengan itqan .

Sabda Rasulullah SAW,

((إِنّ الله تَعَالى يُحِبّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ ))

Hadis Riwayat Al Baïhaqi

Bekerja dengan ITQAN.
(sbenarnya ust Pahrol bercakap ttg cara mendapatkan Ikhlas ,Ikhlas adalah sebahagian dari bantuan Allah. )
Itqan,melakukan kerja dengan tekun adalah dengan menghadirkan seluruh konsentrasi jiwa dan badan,lahiri dan batini,dalam melakukan sesuatu perkara. Konsepnya bukan sekadar pelaksanaan,namun keberhasilan dalam perkara tersebut.Begitu jugalah dengan solat,bukan sekadar utk diselesaikan,namun utk ditunaikan dengan sepenuh hati .

Because we only live once,so sewajibnyalah kita tdak mengabaikan peluang solat yang hanya sekadar didunia ini.

Sentiasa doa utk dapatkan taufik , hidayah dan kekuatan utk khusyuk dan jaga khusyu' dalam solat.

Ada yang memandang tanda khusyu' adalah dengan mengalirnya air mata,namun khusyu' munafik juga boleh ada tangisannya.Namun tangisannya palsu.


“Tanda shalat yang khusyu adalah,” ujar Imam Al-Ghazali “tercegahnya sang pelaku Dari berbuat keji dan mungkar hingga ke shalat berikutnya. Jika subuhmu khusyu, mana antara subuh hingga dzuhur kau kan terjaga dari berbuat yang nista dan yang jahat hingga tibanya waktu dzuhur. Begitu seterusnya.”


"Tanda diterimanya amal hamba disisi Allah,“ ujar imam Ibn Rajab Al-hanbali “adalah ketika satu ketaatan menuntunnya pada ketaatan yang lebih baik lagi. Adapun tanda ditolaknya amal adalah ketika ketaatannya disusuli dengan kemaksiatan, ia tak tercegah darinya.

Salim A Fillah - Lapis Keberkahan
Oh ya wahai diri,khusyu' itu perlu kau jaga dengan menjaga tingkah lakumu,amalanmu,hatimu dan makananmu dr segala yang melalaikan dan syubhah.

Wallahu'alam

AllahuMustaan.

Doa



Doa seseorang itu BOLEH sahaja dimaqbulkan oleh Allah swt dalam bentuk yang TIDAK disukainya, contohnya berdoa agar hati lebih tenang dan khusyu' solat, lalu Allah swt rugikan bisnesnya sehingga bankrup kerana tidak disedari bisnesnya itulah penghalang hati tenang dan khusyu', tanpanya (atau dengan bisnes lain yang lebih baik) apa yang dipohonnya boleh diperolehi.


Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk memaqbulkan doa kita sendiri.


Justeru sama-sama kita usaha bersabar dan tidak cepat putus asa, terlalu bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci taqdir. Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. Itulah sifat Mukmin sejati sabdaan Nabi salla allahu 'alaihi wasallam:-
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar, maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)

Dr. Zaharuddin Abd Rahman


Zikir 3



Nabi bersabda :

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ  الله وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Ertinya : Sesiapa membaca " subhanallah wa bihamdihi " (Maha suci Allah dan segala pujian bagiNya) sebanyak 100 kali sehari, akan dipadamkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis sahih bukhari dan muslim)


Sama-sama kita beramal...


Menurut para ulama seperti al-Sona'ani dalam Subul al-Salam , dosa-dosa yang tersebut dalam hadis di atas adalah dosa-dosa kecil sahaja kerana dosa besar memerlukan taubat. Dosa kecil itu pula adalah dari jenis yang tidak melibatkan pencerobohan hak manusia lain.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Zikir 2



Hari jumaat BANYAKKAN selawat, selawat yang terbaik adalah selawat ibrahimiyyah (yang dibaca di semasa tahiyat akhir).

Pada hari Jumaat juga, terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. Waktunya adalah:-


Pertama : Ketika imam mula duduk di atas mimbar sehingga solat Jumaat.

Kedua : Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi :

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)


Yakinlah akan dimaqbul doa sewaktu berdoa dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemaqbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfar.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Friday 15 January 2016

Zikir 1



Zikir PELINDUNG DIRI & GANDAAN KEBAIKAN untuk amalan pada waktu pagi dan petang. Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam menyebut : “Sesiapa yang membaca :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدْيرٌ

sebanyak seratus kali, pahalanya sebesar membebaskan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya serratus kebaikan dan dipadam seratus kejahatan, serta menjadi pelindung baginya dari Syaitan pada hari tersebut sehingga petangnya.. (petikan dari hadis Sahih al-Bukhari)


Justeru amalkan zikir pelindung diri ini pada waktu pagi dan petang. Insha Allah bermanfaat.





Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Reading's note 2



Pada lipatan sejarah,


aku temui diriku,


kesilapan yang pernah berlaku,


kebenaran yang perlu terus dipaku,






Pada lipatan sejarah juga,


aku temukan kesilapan dan kegemilangan ummah,


untuk aku ambil yang jernihnya,


dan menjauhi penyebab keruhnya,






Dengan ibrah dari sejarah,


dengan mata hati yang terpanah,


mampu membuka katupan mata,


menyedarkan jiwa yang leka,






Dari sejarah,


terlihat betapa Islam pernah luka,


betapa manusia terlalu alpa


dan dunia terus terlena,






Moga setiap catatan sejarah yang aku baca,


menyentak aku dari lena,


membangkitkan semangat nasionalisme,


menghilangkan ‘aku tidak pedulisme’






Terpenting,


moga setiap sejarah dan ibrah,


jadi wasilah pembentukan diri dalam menalar diri


menjadi seorang “hamba”

Reading's Note 1



Alhamdulillah..Just Finished reading : “Secangkir teh pengubat letih” written by U.Hasrizal Abdul Jamil.


Banyak istifadahnya yg dapat diambil,samada dari sudut motivasi ,sejarah dan tamadun,juga dari sudut keagamaan dan isu-isu ummah serta tokoh-tokoh ilmu dan dunia.


Benarlah,makin banyak kita membaca kita mampu mlihat betapa luas bidang yang kita blum teroka dan

Betapa bnyak ilmu yg kita jahil tentangnya .

Membaca juga menuntut kita berfikir lebih kritis dan berpandangan lebih luas trhadap sesuatu perkara.


Iqra’..begitu kalamNya berbunyi..

Akan trus membaca dan membaca..

Buku Seterusnya....
hurm ,bnyak lagi ni,perlu diseimbangkan bacaan jiwa dan bacaan ilmiah. :)

Bismillahirrahmanirrahim…


Balik ni kena habiskan baca buku yg dbeli tp xsempat dibawa,Menalar Makna Diri-Pengembaraan Menjejak Imam Birgivi also written by U.Hasrizal Abd Jamil


Semoga bermanfaat buat diri ini dan kalian.

Segala yg baik drpd Allah jua,yg kurang itu kerana kelemahan saya sebagai seorang hamba.


Hati


Bismillahirrahmanirrahim...
Jumaat tiba lagi,
Hati masih beginikah?
Hilang...
Pernah ingin rasa menghilang,
Membunuh diri yang jahat dalam diri,
Tapi ke mana harus aku menghilang,
Aku mukallaf,punya tanggungjawabku sendiri,
Jatuh aku kali ini,
Untuk melatih standard agar lebih tinggi.
Asa,
Itu tidak boleh ada dalam hidup seorang muslimah,
Mengapa perlu asa,
Dugaanmu sedikit saja,
Bertabahlah sedikit,
Malulah pada mereka yang tak kenal erti lelah,
Tak pernah menjemput asa dalam diari mereka,
Perit jerih Rasulullah s.a.w tak kau terbayar,
Sekurang-kurangnya biar kau rsa sdikit jerih ummah walau bukan pemimpin ummah,
Kerana kau juga sebahagian dari ummah,
Apa kau tak rasa ananiyah,
Mengharapkan pulangan untuk sebelah kau sahaja,
Bahkan sebagai mukminah ,
Jangan sekali kau biarkan istilah balasan menjadi dambaan hidupmu,
Harapkan sentiasa keredhaanNya,
Nescaya kau akan merasa bahagia,
Tenang tanpa mengharapkan balasan.
وللأخرة خير لك من الأولى.
Ad Dhuha:4
Setiap hari dan detik yang mendatang,biarkan ia sentiasa jernih dan segar,yang lalu jangan kau toleh melainkan sbagai pengajaran.
Bangkit sayang.
Demi diri,agama dan ummah.
Tanggungjawabmu besar,sayang..Besar..
Sesungguhnya wujudmu dibumi dengan misi dari Ilahi..
Pohon nusrahNya sentiasa untuk terus berdiri,
"Dan kamu tidak akan mampu menempuh jalan itu ,kecuali apabila Allah mengkehendaki,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Al Insan :30
Sentiasa tajdid niat di hati.
Ini nukilanku buat diri.
Bumi simbahan pengorbanan sahabat.
Jumaat ,Oktober,Musim Luruh.

Maju



Segala yang terbungkam dan menyengkam


Takkan ku biar terus menjadi api dalam sekam


Akan aku padam


Mengenangkan perjalanan yang masih panjang


Menuntut dari aku kekuatan dan kesabaran.


Kerana masih terlalu kecil yang aku ambil peduli


Sedangkan yang besar dan lebih berduri


Menunggu aku di episod mendatang


meminta aku lebih matang


Cukup-cukuplah aku nak bersenang


Pedulikan rasa hati yg nak menang






Singkap sejarah,ambil ibrah,aku terlalu mengecilkan diri aku,sedang dunia perlukan aku yang besar dan matang. Aku akan terus membesar dan bangkit.

Pergi



Biar yang lepas jadi sempadan bukan sekadar kenangan

Selamat tinggal segala yang keji,

Aku berazam takkan kembali

dengan Nusrah Ilahi,

sampai aku Mati,

Biiznihi,

Aku Mampu.

Mereka itu WasilahMu



Bismillahirrahmanirrahim..

Allah,
Tanpa jemu kau beri aku peringatan,
Hari demi hari yang berlalu,
Kau masih terus membimbingku,


Allah,
Buat semua menjadi wasilahMu utkku,
Rahmatilah mereka,
Jadikanlah mereka dari kalangan yang kau redha,
Jauhkan mereka dr jalan2 yang kau murka.


Rahmati bukan saja mereka ,
Bahkan semua yg brhubungan dengan mereka,
Sungguh aku tahu,
Rahmatmu terlalu luas.


Allah,moga kami berjaya menempuhi jalan ini,jdkan jalan ini jalan yang kau redha.
Cintailah mereka yang menjadi wasilahMu utkku Ya Allah.
Moga cintaku buat mereka ,
Tulus hanya keranaMu

Diam sememangnya lebih baik.


“If a person speaks and is amazed by his own speech, then he should remain silent. And if he becomes amazed with his own silence, then he should speak.”

– ‘Ubaydullaah bin Ja’far [at-Tadhkirah (v. 1 p. 155)]

-Diaryofmujahidah

Mahu jadi org yg terkehadapan?



Hadis riwayat Abu Hurairah ra,

Rasulullah saw bersabda,“Mahukah kalian aku ajarkan sesuatu yang dapat membuat kalian mengejar orang yang mendahului kalian dan dapat membuatkan kalian mendahului orang sesudah kalian?

Tidak ada seorang pun diantara kalian yang lebih utama kecuali ia melakukan seperti yang kalian lakukan”.

Mereka menjawab: “Tentu ya Rasulullah” Rasulullah saw bersabda: “Kalian membaca tasbih(Subhanallah) ,takbir(Allahuakbar) dan tahmid(Alhamdulillah) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali”.


HR MUSLIM ,no(936)

As Syams (Mentari Itu) 7-10

credit:robertfinkelstein

Sungguh tak mudah jika kita tidak melatih agar sisi taqwa menguasai perilaku kita dalam kehidupan seharian kita.


Dua sisi yang saling tarik menarik ,sisi fujur(kejahatan) dan taqwa utuk saling menguasai diri kita,maka kerana itulah,sekiranya kita tidak melatih taqwa agar sentiasa berdampingan dengan kita,fujur akan memenangi perebutan itu.


Jika kita dekat dengan cahaya,kita akan bercahaya,maka sekiranya kita dekat dengan yang Maha Kuat,kita akan kuat.Untuk mendekat,perbanyakkan berzikir bg mengukuhkan keimanan agar terbang pergi sang fujur.

Org yg sntiasa berzikir mmbgkitkan keoptimisan dan menyisihkan pesimis dr dirinya.

Muhammad SAW- His Birth 1437










Maulid 1437,Disember 2015 – Maulid kedua kalinya bagi tahun ini,2015,pertamanya saat Rabi’ul awwal 1436 pada Januari 2015 .


Dan aku tak pasti apa sudah bertambah kecintaanku buat Rasulullah,sungguh aku tak layak untuk jadi umat insan unggul ini,bilamana sunnahnya tidak aku lazimi,sabarnya tak aku genggami,pencintanya baginda tak aku contohi.


Saat ada sahabat yang hati mereka meronta kerinduan,terzahir dek linangan air mata dingin,esak tangis merindukanmu ya Rasulullah,aku masih begini terpinga tak mengerti bagaimana manifestasi cinta mereka buatmu.


Bahkan ya Rasulallah,saat sejarah diulang dek bibir-bibir yang berusaha mengimbas jejak-jejak sirahmu di hari lahirmu,ternyata aku masih tidak menguasainya,bagaimana mungkin aku kata aku cinta?


Kerana itu,aku mahu cuba,cuba utk aku bawa hati ini merasai manis ingatan buatmu yang aku dapat bingkisannya dari sahabat-sahabat yang hati mereka hidup merindukanmu.Murah sekali air mata mereka menangis rindukanmu,padahal kota mu itu,mereka belum pernah jejak,melihatkan maqammu juga belum pernah. Bahawa engkau ya Rasulallah,mereka merindukanmu dan sangat berharap dapat melihat wajahmu agar terubat rindu mereka buatmu.


Ya Allah,mereka itu,mencintai RasulMu melalui peribadinya,akhlaq dan kecintaannya buatMu melalui rakaman sejarah KekasihMu itu.Ya Allah,sampaikanlah kami ke RumahMu dan Kota NabiMu itu agar kami bisa menyaksikan sendiri jejak –jejak yang ditinggalkan RasulMu serta para sahabatnya .


Untuk ingatan,aku rakamkan sirah ringkas baginda buat menyuburkan jiwa aku yang aku kira sakit,moga manfaatnya buat semua jiwa yang turut membacanya.Tidaklah aku merakamnya sendiri,bahkan aku menceritakan semula pembacaanku melalui karya Syeikh Safiyyurrahman Al Mubarak Furi,ArraheequlMakhtum,yang mana aku olah menjadi lebih ringkas. Penulisan aku ini juga aku buat secara bersiri memandangkan sekarang aku dalam fatrah imtihan.Dengan izin Allah,akan aku sambung tulisanku selepas fatrah imtihan.


~Muhammad Bin Abdullah,insan agung yang lahir tanggal Rabi’ul Awwal ,pada tahun yang sama berlakunya peristiwa bergajah ,tahun itu juga genap empat puluh tahun pemerintahan Raja Kisra AnnuSyirwan. Lahirnya insan mulia ini kedunia diringi cahaya yang menerangi bumi pijakan Ibrahim Alaihissalam ,menerangi juga istana-istana di Syam ,serentak itu juga,runtuhnya 14 anjung istana kebanggaan Kisra Parsi,golongan sang penyembah api,bahkan terpadam api di biara majusi ,tidak cukup dengan itu,runtuh juga gereja-gereja yang sebelumnya dikunjungi ramai di Tasik Sawah .


Insan yang dirindui umatnya ini diberi nama oleh datuknya dengan nama yang tak pernah sebelumnya didapati didalam bangsa Arab,Muhammad yang memiliki maksud Yang Terpuji.


Anak mulia yang menjadi rahmat buat seluruh dunia ini,disusukan oleh hamba Abu Lahab ,Thuwaybah pada awalnya,kemudiannya ke persada bani saad ,disusukan oleh Halimah bintu Abi Zu’aib yang mengambilnya walau tanpa upah,namun bayu keberkatan tertiup ,dengan sebab sangkaan baik si suaminya Alharith kepada Allah .Di pekan kecil Bani Saad juga terakam peristiwa Jibril Alahissalam membelah dan membersihkan hati anak kecil yang besarnya menjadi utusan mulia dari Allah buat seluruh alam.


Kemudian baginda dipulangkan ke pangkuan Ibunya sehingga genap umurnya enam tahun,ibunya mangkat dan anak kecil itu,menjadi yatim piatu.Setelah itu,Baginda Alaihissalam dipelihara oleh datuknya yang sangat mengasihi serta memuliakannya sehinggalah datuknya juga pergi meninggalkan dunia pada ketika umurnya 80 tahun dua bulan sepuluh hari di Makkah tanpa lupa mewasiatkan pemeliharaan cucunya itu kepada anaknya Abu Talib.


Baginda saw membesar bersama bapa saudaranya Abu Talib. Hingga tiba usianya dua belas tahun,saat berpergian bersama ke Syam menguruskan perniagaan ,dipertengahan jalan ,dikhabarkan oleh Buhaira,sang pendeta Jarjis yang mereka temui di Basrah , tentang tanda kenabian Baginda Alaihissalam.Terkejut Abu Talib dengan perkhabaran bahawa pohon-pohon dan batu-batu semuanya bersujud kepada baginda saat baginda melintasi padang Aqabah serta tanda KhatamunNubuwwah yang terdapat dibelakang baginda.Bahkan Buhaira turut menasihatkan Abu Talib untuk tidak meneruskan perjalanan ke Syam kerana khuatir akan tindakan jahat Yahudi.Setelah itu,baginda dikirim pulang ke Makkah dengan beberapa orang suruhan Abu Talib.


Bersambung,in sha Allah.