Showing posts with label catatan diri. Show all posts
Showing posts with label catatan diri. Show all posts

Thursday, 4 February 2016

Muhasabah Dirasah

Bukannya mengejar kecemerlangan itu mengejar dunia,
Bukan redha dgn yg skdrnya pd usaha itu zuhud pd dunia,
Stigma ini perlukn pmbtulan,
Mukmin perlu cemerlang,
Kerana itu yg dburunya itu kcemerlangan dan kjayaan,
Andai gagal,muhasabah puncanya,tambahkan usahanya dan berjanjilah utk tdak kmbli gagal,
Kerana mukmin itu ,
لا يلدغ المؤمن من حجر واحد مرتين
Sentiasa usahakan yg trbaik,elakkn kgagalan.
Study smart and hard,ambil jln yg tbaik,
لا ضرار ولا ضرار.

Catatan Muhasabah
Ambang Waktu Senyuman si Bunga Matahari

Sunday, 17 January 2016

Kekuatan

Bismillahirrahmaanirrahim..
Dengan nama Allah,aku mulakan penulisan ini,selawat dan salam buat junjungan tercinta yang masih belum aku mencintainya seperti mana baginda mencintaiku.

Seluas langit yang tak tertongkat dek tiang dan bumi yang terhampar indah,yang penciptaan keduanya lebih besar dari penciptaan manusia (Ghafir:51) ,luas lagi rahmat dan kasih sayang penciptaNya,Allah yang Maha Mencipatakan.


credit:mig.me

Tinta kali ini,pendorongnya ,soalan dari sahabat,yang bertanyakan tentang bagaimana aku boleh kuat.
Soalan yang aku sendiri tidak pasti kena pada subjeknya atau tidak.
Sungguhlah,saat menerima soalan sebegini,tidaklah aku mengetahui jawapannya kerana asalnya aku tidak merasakan bahawa aku seorang yang kuat.

Namun andai itu yang dilihat,maka aku katakan,tidaklah aku ketahui sumber kekuatanku itu melainkan dari Allah jua.Allah yang menyediakan segala wasilah-wasilah kekuatan.Sungguh aku tak layak bicara bahwa aku benar seorang hamba yang mencintaiNya ,namun kerana kasih sayang Allah,aku kecapi nikmat kekuatan itu. Padahal ,aku hamba yang penuh dosa.

Sahabat,kekuatan yang kalian lihat itu,tersembunyi tangisan dibaliknya. Tersembunyi juga peperangan antara jiwa dan tuannya. Ia bukan mustahil untuk diperoleh,namun ada rintangan yang kau perlu lalui.Dan yang kau perlu utk terus melaluinya. Kerana kata Salahuddin Al Ayyubi : saat aku minta kekuatan,Allah hadirkan kesulitan buatku . Kau tahu mengapa,kerana ujian itu lapangannya untuk kau diuji tahapmu,maka ,dari setiap ujian itu,ibrahnya perlu kau kutip,perlu kau ingat,supaya kau sentiasa menghargai kegagalanmu untuk  kau perbaiki dan keberhasilanmu utk kau syukuri.

Sahabat,kalian tahu bagaimana terjadinya kekuatan itu dari Allah? Ia kerana Allah itu sendiri yang Maha Kuat,Maha Adil,Maha Melindungi,Maha Mendengar dan segala kesempurnaan itu milikNya,maka bagaimana mungkin yang menjadi hambaNya ,yang meminta perlindunganNya,tidak mendapatkan itu semua?

Sahabatku sekalian,sungguh Allahlah sebaik-baik sumber kekuatan,saat kau rebah,jatuh,tersalah dan berdosa,Allah masih terus berada untukmu,hanyasanya kau yang perlu sentiasa kembali padaNya.Kembalilah di setiap detik hidupmu,saat senang mahupun sukar.

Ingatlah sentiasa,bahawa segala permasaalahanmu itu,Allah punya solusinya. Kerana Dia Yang Maha Berkuasa.Saat yang menimpamu itu kerana kesalahanmu sendiri dan ia menjadi bala,maka bertaubatlah atas kesalahanmu itu dan mohonlah solusinya dari Allah.Saat ia bukan sesuatu yang kau minta pula dan bukan pula kesalahanmu(ujian),maka yakinlah yang ada kebaikan disebaliknya .Tenang dan sabarlah,perbanyakkan istighfar dan hamdalah,istighfar atas kurangnya usahamu menahan perkara itu ,hamdalah pula atas nikmatnya yang masih sudi mencuit hidupmu dengan ujian itu.Jangan kau beri ruang buat keluhan,perbanyakkan senyum dan zikir sambil otakmu biarkan ia tenang berfikir.

Sahabat,sungguh,saat pandangan kalian begitu terhadapku,begitu jugalah pandanganku terhdap kalian,kerana aku sendiri punya bnyak kekurangan yang tak terlihat oleh kalian dek kerana rahmatNya,yang menutup semua kecacatan diri ini.

Sahabat,aku tahu,soalan itu sendiri rahmat dariNya,yang memanggil aku berfikir dan merenung nikmatNya yang jarang aku syukuri. Terima kasih tidak terhingga buat kalian.Hanyasanya Allah jualah sebaik-baik pemberi balasan.

Wallahua'lam.

Allahu Mustaan. :)

Friday, 15 January 2016

Reading's note 2



Pada lipatan sejarah,


aku temui diriku,


kesilapan yang pernah berlaku,


kebenaran yang perlu terus dipaku,






Pada lipatan sejarah juga,


aku temukan kesilapan dan kegemilangan ummah,


untuk aku ambil yang jernihnya,


dan menjauhi penyebab keruhnya,






Dengan ibrah dari sejarah,


dengan mata hati yang terpanah,


mampu membuka katupan mata,


menyedarkan jiwa yang leka,






Dari sejarah,


terlihat betapa Islam pernah luka,


betapa manusia terlalu alpa


dan dunia terus terlena,






Moga setiap catatan sejarah yang aku baca,


menyentak aku dari lena,


membangkitkan semangat nasionalisme,


menghilangkan ‘aku tidak pedulisme’






Terpenting,


moga setiap sejarah dan ibrah,


jadi wasilah pembentukan diri dalam menalar diri


menjadi seorang “hamba”

Hati


Bismillahirrahmanirrahim...
Jumaat tiba lagi,
Hati masih beginikah?
Hilang...
Pernah ingin rasa menghilang,
Membunuh diri yang jahat dalam diri,
Tapi ke mana harus aku menghilang,
Aku mukallaf,punya tanggungjawabku sendiri,
Jatuh aku kali ini,
Untuk melatih standard agar lebih tinggi.
Asa,
Itu tidak boleh ada dalam hidup seorang muslimah,
Mengapa perlu asa,
Dugaanmu sedikit saja,
Bertabahlah sedikit,
Malulah pada mereka yang tak kenal erti lelah,
Tak pernah menjemput asa dalam diari mereka,
Perit jerih Rasulullah s.a.w tak kau terbayar,
Sekurang-kurangnya biar kau rsa sdikit jerih ummah walau bukan pemimpin ummah,
Kerana kau juga sebahagian dari ummah,
Apa kau tak rasa ananiyah,
Mengharapkan pulangan untuk sebelah kau sahaja,
Bahkan sebagai mukminah ,
Jangan sekali kau biarkan istilah balasan menjadi dambaan hidupmu,
Harapkan sentiasa keredhaanNya,
Nescaya kau akan merasa bahagia,
Tenang tanpa mengharapkan balasan.
وللأخرة خير لك من الأولى.
Ad Dhuha:4
Setiap hari dan detik yang mendatang,biarkan ia sentiasa jernih dan segar,yang lalu jangan kau toleh melainkan sbagai pengajaran.
Bangkit sayang.
Demi diri,agama dan ummah.
Tanggungjawabmu besar,sayang..Besar..
Sesungguhnya wujudmu dibumi dengan misi dari Ilahi..
Pohon nusrahNya sentiasa untuk terus berdiri,
"Dan kamu tidak akan mampu menempuh jalan itu ,kecuali apabila Allah mengkehendaki,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Al Insan :30
Sentiasa tajdid niat di hati.
Ini nukilanku buat diri.
Bumi simbahan pengorbanan sahabat.
Jumaat ,Oktober,Musim Luruh.

Maju



Segala yang terbungkam dan menyengkam


Takkan ku biar terus menjadi api dalam sekam


Akan aku padam


Mengenangkan perjalanan yang masih panjang


Menuntut dari aku kekuatan dan kesabaran.


Kerana masih terlalu kecil yang aku ambil peduli


Sedangkan yang besar dan lebih berduri


Menunggu aku di episod mendatang


meminta aku lebih matang


Cukup-cukuplah aku nak bersenang


Pedulikan rasa hati yg nak menang






Singkap sejarah,ambil ibrah,aku terlalu mengecilkan diri aku,sedang dunia perlukan aku yang besar dan matang. Aku akan terus membesar dan bangkit.

Pergi



Biar yang lepas jadi sempadan bukan sekadar kenangan

Selamat tinggal segala yang keji,

Aku berazam takkan kembali

dengan Nusrah Ilahi,

sampai aku Mati,

Biiznihi,

Aku Mampu.

Mereka itu WasilahMu



Bismillahirrahmanirrahim..

Allah,
Tanpa jemu kau beri aku peringatan,
Hari demi hari yang berlalu,
Kau masih terus membimbingku,


Allah,
Buat semua menjadi wasilahMu utkku,
Rahmatilah mereka,
Jadikanlah mereka dari kalangan yang kau redha,
Jauhkan mereka dr jalan2 yang kau murka.


Rahmati bukan saja mereka ,
Bahkan semua yg brhubungan dengan mereka,
Sungguh aku tahu,
Rahmatmu terlalu luas.


Allah,moga kami berjaya menempuhi jalan ini,jdkan jalan ini jalan yang kau redha.
Cintailah mereka yang menjadi wasilahMu utkku Ya Allah.
Moga cintaku buat mereka ,
Tulus hanya keranaMu