Sunday 21 February 2016

Kucing Mata Satu

Sobaahulkhair,,,
Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah,masih dberi ksempatan menikmati udara bersih bumi ini,walau diuji batuk yg menyakitkan,namun masih trlalu bnyak nikmat ksihatan yg blum smpat diri ini syukuri,

Menunggu pengumuman sang operator stesen keretapi ,terlihat kucing kecil comel menjilat lembut bulunya.Apabila dpnggil dan ia menoleh ,ternyata matanya hanya satu.Sebelah kirinya buta,terkatup rapat,ia seraya menghampiri,membiarkan sahaja ia menggesel badannya di kain labuh ungu yang hampir menyapu bumi.
Ia ceria sekali,melompat dan bermain ke sana sini.

Seketika kemudian,seorg pemuda hadir dan mngelus lembut kucing itu,bermain dan melayan kucing tersebut.Ia bahagia sekali dilayan lelaki itu.

Saat keretapi tiba dan dia harus pergi,lelaki itu kelihatan menoleh beberapa kali ke arah kucing tersebut,pandangan matanya menggambarkan kesayuan.

Sungguh, si pencinta haiwan.
Bagaimana pula Rasulullah saw bermain-main dengan haiwan?Pasti sifat pengasihnya indah terzahir.

Kucing itu,walau buta masih mampu ceria.Usah kau persoalkan ketiadaan akal kucing itu.Namun ibrah drinya itu yg lebih penting.
Sungguh,terlalu banyak nikmat yang belum kita syukuri yang seharusnya mengambil alih tugas diri merungut atas ujian yg sebenarnya,kebanyakanya dr ksilapan kita sendiri.

Fasa Perubahan.
Bumi Delima.
22/2/2016.

#catatandiri

No comments:

Post a Comment