Sunday 17 January 2016

Kekuatan

Bismillahirrahmaanirrahim..
Dengan nama Allah,aku mulakan penulisan ini,selawat dan salam buat junjungan tercinta yang masih belum aku mencintainya seperti mana baginda mencintaiku.

Seluas langit yang tak tertongkat dek tiang dan bumi yang terhampar indah,yang penciptaan keduanya lebih besar dari penciptaan manusia (Ghafir:51) ,luas lagi rahmat dan kasih sayang penciptaNya,Allah yang Maha Mencipatakan.


credit:mig.me

Tinta kali ini,pendorongnya ,soalan dari sahabat,yang bertanyakan tentang bagaimana aku boleh kuat.
Soalan yang aku sendiri tidak pasti kena pada subjeknya atau tidak.
Sungguhlah,saat menerima soalan sebegini,tidaklah aku mengetahui jawapannya kerana asalnya aku tidak merasakan bahawa aku seorang yang kuat.

Namun andai itu yang dilihat,maka aku katakan,tidaklah aku ketahui sumber kekuatanku itu melainkan dari Allah jua.Allah yang menyediakan segala wasilah-wasilah kekuatan.Sungguh aku tak layak bicara bahwa aku benar seorang hamba yang mencintaiNya ,namun kerana kasih sayang Allah,aku kecapi nikmat kekuatan itu. Padahal ,aku hamba yang penuh dosa.

Sahabat,kekuatan yang kalian lihat itu,tersembunyi tangisan dibaliknya. Tersembunyi juga peperangan antara jiwa dan tuannya. Ia bukan mustahil untuk diperoleh,namun ada rintangan yang kau perlu lalui.Dan yang kau perlu utk terus melaluinya. Kerana kata Salahuddin Al Ayyubi : saat aku minta kekuatan,Allah hadirkan kesulitan buatku . Kau tahu mengapa,kerana ujian itu lapangannya untuk kau diuji tahapmu,maka ,dari setiap ujian itu,ibrahnya perlu kau kutip,perlu kau ingat,supaya kau sentiasa menghargai kegagalanmu untuk  kau perbaiki dan keberhasilanmu utk kau syukuri.

Sahabat,kalian tahu bagaimana terjadinya kekuatan itu dari Allah? Ia kerana Allah itu sendiri yang Maha Kuat,Maha Adil,Maha Melindungi,Maha Mendengar dan segala kesempurnaan itu milikNya,maka bagaimana mungkin yang menjadi hambaNya ,yang meminta perlindunganNya,tidak mendapatkan itu semua?

Sahabatku sekalian,sungguh Allahlah sebaik-baik sumber kekuatan,saat kau rebah,jatuh,tersalah dan berdosa,Allah masih terus berada untukmu,hanyasanya kau yang perlu sentiasa kembali padaNya.Kembalilah di setiap detik hidupmu,saat senang mahupun sukar.

Ingatlah sentiasa,bahawa segala permasaalahanmu itu,Allah punya solusinya. Kerana Dia Yang Maha Berkuasa.Saat yang menimpamu itu kerana kesalahanmu sendiri dan ia menjadi bala,maka bertaubatlah atas kesalahanmu itu dan mohonlah solusinya dari Allah.Saat ia bukan sesuatu yang kau minta pula dan bukan pula kesalahanmu(ujian),maka yakinlah yang ada kebaikan disebaliknya .Tenang dan sabarlah,perbanyakkan istighfar dan hamdalah,istighfar atas kurangnya usahamu menahan perkara itu ,hamdalah pula atas nikmatnya yang masih sudi mencuit hidupmu dengan ujian itu.Jangan kau beri ruang buat keluhan,perbanyakkan senyum dan zikir sambil otakmu biarkan ia tenang berfikir.

Sahabat,sungguh,saat pandangan kalian begitu terhadapku,begitu jugalah pandanganku terhdap kalian,kerana aku sendiri punya bnyak kekurangan yang tak terlihat oleh kalian dek kerana rahmatNya,yang menutup semua kecacatan diri ini.

Sahabat,aku tahu,soalan itu sendiri rahmat dariNya,yang memanggil aku berfikir dan merenung nikmatNya yang jarang aku syukuri. Terima kasih tidak terhingga buat kalian.Hanyasanya Allah jualah sebaik-baik pemberi balasan.

Wallahua'lam.

Allahu Mustaan. :)

No comments:

Post a Comment